Tuesday, 4 March 2014

Taaruf

Blog dicipta lantaran keperluan untuk memajukan bisnes yang telah lama menjadi sumber rezeki pemiliknya. Semoga dengan kewujudan blog ini mampu melebarkan sayap dan empayar perniagaan sang pemilik. Berlokasikan online buat masa sekarang, menantikan rezeki dari Nya untuk mempunyai markas, InsyaAllah.

Pemilik blog ini merupakan seorang anak muda (tak muda sangat pun) yang berjiwa besar ingin memiliki perniagaan sendiri yang mampu bersaing dalam dunia serba canggih dan moden ini. Blog yang mengkhususkan bidang percetakan (printing,cenderahati,baju,etc,etc) ini diharapkan mampu menjadi medium untuk melangkah lebih jauh lagi, di samping dapat membantu masyarakat di Malaysia bumi tercinta ini untuk mendapatkan servis percetakan dengan lebih mudah, murah dan berkualiti.

Servis yang disediakan di sini ialah segala jenis percetakan; sesuai dengan 'tajuk' blog ini "All About Printing". Fotostat dan percetakan, merangkumi flyers, poster, kad kahwin, bisnes kad, banner, bunting, brochure, senarai menu (macam kat kedai mamak tu..), beg kertas, sticker, kepala surat (letterhead la..) buku, custom album gambar, dan lain2 lagi asalkan berkaitan dengan printing.Tapi nak fotostat pun boleh, fotostat buku ke, notes, etc.

Untuk cenderahati pulak, ada pendrive bercetak, mug, lanyard, pen, button badge,dan yang paling terlaris sekarang ni 'usb card' ataupun pendrive dalam bentuk kad (saiz2 kad atm). Ada ready made (9 design setakat ni) dan juga boleh nak tempah ikut citarasa.

Baju dan tshirt pula, ada yang 'ready made' dan juga 'custom made' (ikut anda la nak mcm mane). Kalau tshirt, dari kain cotton, kain jersey (quick dry), kain lacoste, kain ape lagi?? Semua ada, InsyaAllah. Printingnya sama ada silk screen ataupun transfer heat. Baju korporat aka FI pun ada, nak custom macam mana pun, insyaAllah boleh disediakan. Nak sulam nama, logo, wording kat mana2 pun boleh.

Ha..apa lagi yang boleh di print?? Semua pun boleh. Sekarang dalam proses untuk settlekan printer yang boleh print casing handphone. Once da setel, bolehlah ambil tempahan untuk print ape saje kat casing henpon masing-masing..hehe

Rase2nya cukup setakat ini untuk entri pertama aka 'taaruf'. da~

No comments:

Post a Comment

USB GIFT

REPUBLIC OF PRINTING KEMBALI !!!!!!!!! ROP kembali membawa membawa design KEGEMARAN & KESUKAAN anda... Kami menawarkan pelbagai pi...